#Throwback: Suzuki Best 110 Kapcai 2 Stroke Paling BEST Era 90-an!
Pada penghujung 80-an sehingga pertengahan 90-an, nama Suzuki Best 110 mencatat reputasi sebagai antara kapcai 2 lejang yang paling digemari semua pelosok masyarakat! Suzuki Best 110 ini diperkenalkan oleh Lion Suzuki Motor sekitar tahun 1989 sehingga dihentikan pengeluaran sepenuhnya pada 1994.
Sekali imbas, Best 110 direka dengan bahasa rekaan yang seakan kacukkan skuter dan kapcai. Namun, profil body Best 110 tetap slim dan masih kelihatan agresif.
Dengan wheelbase yang pendek, acceleration motor ni sangat spontan dan boleh mencapai top speed 130km/h sambil makan kuaci je gais! Padu tak penangan Best 110 ni dulu?
Jadi adakah betul yang motor ni yang paling seronok sekali ditunggang pada zaman kemegahan 2-stroke dahulu kala? Jawapannya, YA Betul! Ini sebabnya;
1. Body Ringan, Enjin Power
Best 110 menggunakan frame "Suzuki Rectangular Frame" untuk tunggangan yang lebih selesa dengan kestabilan yang lebih tinggi.
Menjengah ke ruangan enjin, Best 110 menggunakan enjin 109cc, 2 Stroke Jet Cooled yang mampu menjana 12hp @ 7,500rpm dan 118Nm tork @ 7,000rpm! Ada juga yang mengatakan enjin Best 110 tak ada engine breaking jadi memang boleh meluru laju motor ni!
Dipadankan dengan sistem penyejukkan Jet Cooled yang mana menyembur minyak kebawah piston untuk sejukkan enjin dan bantuan kipas angin, sistem ini sangat mantap dan maju meskipun ada yang dah merasa motor jem panas! Bila dirujuk kepada otai-otai Suzuki, ada yang mengatakan motor ni kalau jem, tayar takkan terseret walaupun dalam gear!
2. Teknologi Enjin Bukan Kaleng-Kaleng
Best menggunakan sistem Double Clutch PECS (Power Engagement Clutch System) untuk enjin yang lebih senyap dan pertukaran gear yang lebih lancar. Teknologi reed valve juga melonjakkan kuasa kuda motor ni. Kalau sesiapa yang mahir usik enjin motor ni, memang lagi power mengalahkan model-model 2 stroke yang lain macam RGV dan 125ZR geng!
3. Sangat Best Sampai Dibawa Ke Litar Perlumbaan
Motor ni dibawa masuk ke litar Cub Prix yang ditunggangi oleh pelumba tersohor, Wazi Abd Hamid, Dadan Nugraha, atau Zamidi Hamzah. Bukan setakat ke track rasmi, tapi ke perlumbaan haram sekali gais! Waktu dulu, model Best 110 ni dkatakan antara jentera pilihan bagi joki-joki haram untuk memenangi race malam minggu!
Kesimpulan
Beberapa tahu selepas Best 110 dilancarkan, Yamaha pun bawa keluar Y110SS dengan tambahan klac tangan. Suzuki pula masa tu sudah ada penambahan model baru macam RG Sport 110 yang lebih berkuasa dengan transmisi 5 speed. Lama kelamaan, berakhirlah pengaruh Best 110 untuk memberi laluan kepada model yang lebih moden dan berkuasa.
Baca Juga : #Throwback: Betul Ke Suzuki RG Sport 110 Kapcai Terpower 90an?
Baca Juga : Betul Ke Yamaha Y110SS 'King Of Moped' Yang Pertama Sebelum Y15ZR?
Apa kenangan korang dengan motosikal seronok ni? Min pun dulu ada juga dok intai motor ni tapi tak sempat nak merasa.. Semoga terhibur!
TAK DAPAT SAMPAI SHOWROOM EBIDMOTOR? BUAT JE PEMBELIAN SECARA ONLINE HARI INI!
JANGAN RISAU! Kami memang tak scam korang punya! Chup motor korang hari ini di www.ebidmotor.com
Kami Ebidmotor.com ada menjual pelbagai jenis motosikal terpakai atau motor baru seperti Yamaha Y15 , LC 135 , EGO S , Lagenda 110 / 115Z Fi , 125ZR , Solariz , Avantiz , FZ 150 , Nmax 155 , NVX , Nouvo LC , R15 , R25 , Honda BeAT , Ex5 , Wave , Dash , Future 125, PCX , RS150 Repsol Trico , RS 150 , Vario 150 , RFS 150 , TNT 135 , KTM Duke 200 , Duke 250 , Duke 390 , RC 200 , RC 250 , RC 390 , Modenas Kriss 100 , Kriss 110 , Kriss 120 , MR1 , MR 2 , Dinamik 120 , Pulsar NS 200 , Pulsar RS 200 , SYM E Bonus 110 , Evo 250 , SM Sport , Sport Rider 125 , VF3i VTS 200 dan lain lain.